= sebuah cerpen khas sempena Hari Ibu:
Wajah Ikram masam mencuka. Keluh kesah jelas terpancar. Buku rekod peperiksaan yang berada di tangan direnung dengan tajam. Fikirannya runsing. Apakah nanti reaksi walid dan umi setelah melihat keputusan peperiksaan akhir tahunnya yang lebih teruk daripada peperiksaan pertengahan tahunnya?
‘ Macam mana ni? Perlukah aku tunjuk buku rekod ni dekat diorang? Karang tak pasal-pasal pulak aku kena lempang dengan walid. Ke nak suruh umi je yang sain? Nanti mesti umi bagi dekat walid jugak..arghh! Idea datanglah cepat..’
Muka yang bagai termakan buah belinjau sebentar tadi tiba-tiba ceria. Idea jahat dah datang…sukanya dia hingga senyuman ditarik sampai ke hujung telinga. Sekeping kertas kotor dikeluarkan dari beg sekolah. Dengan sebatang pensil di tangan kirinya, Ikram mula melancarkan idea jahatnya. Tandatangan walid cuba ditirunya. Walau berkali-kali mencuba, tetap tak sama. Ada lakaran yang sama, tapi tak serupa. Walid ni pun satu, buat sain dalam tulisan jawi, memangla susah nak tiru.
“ Along buat apa tu?” Izham, adik Ikram yang berada di darjah lima tiba-tiba bersuara.
“ Tak de pape. Ha, Maghrib dah masuk, Angah, Adik cepat pergi mandi dulu.”
“ Alah, rilek ar Umi tak suruh lagi pun. Along ni kecoh ar. Along buat apa tu?” Imran, adik bongsu Ikram yang baru terbangun dari tidur tak puas hati dengan arahan mandatori yang dikeluarkan Ikram sebentar tadi.
“ Ah, kau pun sama dengan Angah ek, menyibuk aja. Aku tak buat apa-apa..”
“ Tipu”. Tempelak Izham dan Imran serentak.
“ Ingat Iz tak tahu Along tengah buat apa tu?”
“ Ha kalau dah tahu tak payah la tanya lagi! Hisy buat aku panas aja.”
Tiba-tiba pintu bilik dikuak seseorang. Terkejutnya bukan kepalang, automatik buku rekod dan segala alat tulis disembunyikan di bawah bantal. Ikram cuba berlagak selamba, tetapi nampak sangat dia gelabah. Izham dan Imran hanya tersenyum sinis.
“ Dah pukul berapa ni? Tak reti-reti lagi nak mandi? Sekejap lagi Walid balik. Cepat siap!”
Ikram menyiku lengan Izham. “ Kan Along dah cakap. Umi dah marah tu”. Bisik Ikram perlahan, namun segera disiku kembali oleh Izham.
“ Alonglah, kenapa Along aja yang tak mandi dulu?” Adegan siku-menyiku masih berlarutan.
“ Apa lagi tu? Cepat!” Umi masih bercekak pinggang di ambang pintu.
“ Baik Umi.”
Terkocoh-kocoh ketiga-tiga beradik itu mencapai tuala lalu menuju ke perigi di belakang rumah. Sejam kemudian, mereka sudah siap dan terpacak di ruang dapur rumah. Kelibat Walid sedang bersila mengelilingi lauk-pauk sudah kelihatan. Walid nampak penat sangat. Iyalah sudah tiga hari Walid tidak pulang dan bermalam di laut untuk menangkap ikan.
“ Banyak dapat ikan abang?” Soal Umi sambil mencedokkan nasi ke dalam pinggan.
Walid hanya menggelengkan kepala. “ Bolehlah.” Jawabnya sepatah. Umi terus diam. Umi faham benar, bila suaminya berkata begitu, maksudnya hasil tangkapan kurang memberangsangkan. Begitulah hidup sebagai nelayan; rezeki adakalanya baik adakalanya tidak, hidup taklah susah, tak juga senang.
“ Irma, bagi air basuhan tu dekat walid.”
“ Baik Umi.” Irma, adik kedua Ikram segera menurut perintah.
Malam ini lauk-pauk yang dihidangkan agak lumayan juga. Selalunya beginilah bila walid baru pulang dari laut, baru dapat merasa nikmat ikan tenggiri masak gulai, ikan pari dengan air asam dan udang masak sambal. Sekurang-kurangnya keadaan seperti ini bertahan selama beberapa hari, sebelum Walid kembali turun ke laut. Seisi keluarga menikmati hidangan dengan lahapnya.
“ Anak-anak Walid macam mana?” Soal Walid kepada anak-anaknya.
“ Irma, rindu dekat Walid. Nasib baik Walid dah balik.” Suara Irma dengan versi manja-manja.
“ Sekolah macam mana? Periksa dapat nombor berapa?” Soal Walid lagi.
Ikram tiba-tiba tersedak. Tak semena-mena dia terbatuk-batuk hingga berair matanya. Izham yang berada di sisi segera menghulurkan segelas air sirap.
“ Pedaske Along?” Izham siap kenyit mata lagi. Namun segera Ikram memprotes dengan isyarat matanya. Bukan dia tak tahu apa yang bermain di fikiran Izham ketika ini.
“ Irma dapat nombor satu, Walid !” Irma yang selang tiga tahun dengan Izham mengisyaratkan nombor satu dengan jarinya.
“ Imran dapat nombor dua aje.”
Walid tersenyum sambil mengusap-ngusap kepala anak bongsunya itu dengan tangan kirinya. “ Takpe, tahun depan amik nombor satu pula. Anak walid kan pandai.”
“ Izham macam mana?”
“ Iz macam biasala Walid, maintain nombor satu la.”
“ Bagus anak-anak Walid ni. Ikram?”
Terentang kerut di dahi Ikram. Sebutir peluh jantan menitis ke dalam pinggan. Kenapa ni tiba-tiba rasa panas je?
“ Ikram, erm..Ikram…” Ikram tergagap-gagap.
“ Ikram dapat nombor berapa? Nombor tiga puluh lagi?” Kali ini suara Walid naik satu level tinggi.
“ Tiga puluh satu Walid.” Suara Ikram perlahan.
Terdengar bunyi pinggan dihentak. Ikram dan ahli keluarga yang lain tersentak. Walid lantas membasuh tangannya walaupun nasi dan lauk di pinggan masih berbaki.
“ Jangan harap Walid nak sain buku rekod tu.”
“ Along dah sain sendiri Walid. Dia tiru sain Walid.” Izham memecahkan tembelang.
Walid tak jadi bangun. Wajah Ikram dipandangnya lama. Ikram menundukkan pandangannya ke bawah. Debaran di hati bagai menggila.
“ Pergi ambil cepat buku rekod tu!”
Ikram tak berani membantah. Segera dia berlari ke bilik untuk mengambil buku rekod peperiksaan yang diletakkan di bawah bantal lalu dihulurkan kepada Walid. Serasa dia tahu akan apa yang akan berlaku seketika nanti. Dan telahannya tidak silap apabila tangan Walid hinggap ke mukanya. Rasa perit dan pedih menjalar ke mukanya.
“ Walid tak ajar anak Walid jadi penipu macam ni !”
Walid segera melemparkan buku rekod itu keluar jendela rumah. Serentak dengan itu bunyi guruh bergempita dan kilat sabung menyabung. Hujan yang turun dengan lebatnya pada malam itu sudah pasti membuatkan buku rekod itu bergenang dalam air.
*****************************************************************************
Awan yang mendung menandakan cuaca yang suram. Mungkin juga kerana angin yang bertiup perlahan menyebabkan sang awan bergerak terlalu perlahan di kaki langit, lantas menghalang matahari daripada memancarkan surianya. Desir-desir halus angin, memupuk daun-daun untuk melayang-layang ke muka bumi. Namun belum sempat dedaun itu menghempas bumi, ia terlebih dahulu menyentuh lembut muka Ikram. Ikram mencapai daun itu lantas menyeka air matanya yang mengalir.
Memori lalu masih tersimpan dalam kotak ingatannya. Peristiwa ketika Walid melemparkan buku rekod peperiksaannya keluar tingkap rumah menjadi titik tolaknya. Mengapa ketika dia bertekad untuk berubah dan membuktikan keupayaan diri, Walid tiba-tiba pergi menghadap Ilahi?
“ Ikram..” Bahunya disentuh lembut.
“ Umi..”
“ Ikram, jom balik nak. Hari dah mendung, sekejap lagi hujan nak turun rasanya.”
“ Takpe Umi, Umi baliklah dulu. Ikram nak baca surah Yasin lagi.”
Ikram terus berteleku di pusara Walid. Diselaknya semula surah Yasin di tangan, lalu dilagukan surah tersebut buat kali kedua. Tanah di pusara tersebut masih memerah. Sudah dua hari Walid dikebumikan, sedangkan baru hari ini Ikram berpeluang untuk menziarahinya, itupun setelah hampir dua hari dia terlantar di hospital.
Semuanya berlaku terlalu pantas. Ikram sendiri tidak dapat lari dari menyalahkan dirinya sendiri. Ikram masih ingat, bagaimana pada hari tersebut dia bersama-sama Walid turun ke laut untuk menangkap ikan. Disangkakan cuaca yang elok di pagi hari, berlarutan hingga ke malam hari, rupanya badai yang datang melanda di tengah hari. Dalam keadaan petir memanah dan laut yang bergelora maha dahsyat, tiba-tiba bot yang dinaiki oleh mereka dan dua orang nelayan yang lain hilang imbangan lalu terbalik menghempap laut. Walid sempat mencapai Ikram lalu menyuruh dirinya untuk berpaut pada bot yang terbalik. Namun laut yang bergelora kuat menyebabkan bot tersebut melambung tinggi hingga Ikram hampir terlepas pautannya pada bot tersebut. Malangnya, Walid yang seketika tadi berada di sisi, hilang di bawa arus.
‘ Ingat pesan Walid, kalau jadi apa-apa dekat Walid, jaga Umi, jaga adik-adik. Dengar cakap Umi dan jangan jadi anak derhaka.’
Air mata diseka kesekian kalinya. Pesanan arwah Walid ketika mereka berpaut pada bot sebelum Walid tiba-tiba hilang di bawa arus tersemat dalam kotak ingatannya.
‘ InsyaAllah Walid, Along tak akan lupa pesanan Walid.’ Tukas Ikram perlahan sebelum meninggalkan kawasan perkuburan.
*********************************************************************************
“ Umi, cikgu minta yuran sekolah. Irma malu, semua kawan Irma dah bayar, Irma saja yang tak bayar lagi Umi.”
“ Imran pun sama. Cikgu dah banyak kali minta. Cikgu kata, kalau sampai bulan depan tak bayar juga, Imran tak boleh pergi sekolah.”
Umi melepaskan keluhan berat. Pening memikirkan situasi yang dihadapi olehnya kini. Setelah Walid pergi, Umi kehilangan tempat bergantung dan sumber kewangan. Apalah sangat dayanya, sekadar mengambil upah membanting padi di sawah milik Mak Som, berapalah sangat yang mampu dia dapat.
“ Angah macam mana?” Soal Umi.
“ Cikgu pun dah minta yuran UPSR Umi.” Jawab Izham.
“ InsyaAllah nanti Umi usahakan. Nanti Umi cuba pinjam dengan Mak Som. Bayar yuran untuk Angah dulu.”
“ Ala Umi, Irma nak dulu...”
“ Irma !” Ikram yang sedari tadi hanya membisu tiba-tiba bersuara. “ Angahkan nak periksa, biarlah bayar dulu yuran untuk Angah..”
Irma memintal-mintal jemarinya tanda memprotes dan tak puas hati. Keadaan hening seketika buat beberapa saat, sebelum Ikram membuat keputusan untuk bersuara.
“ Umi...” Ikram memanggil lembut Uminya.
“ Ikram rasa, Ikram nak berhenti sekolah..”
“Umi tak benarkan.” Umi pantas memotong percakapan Ikram.
“ Tapi Umi..”
“ Umi cakap Umi tak benarkan.” Nada suara Umi kali ini naik satu level tinggi.
“ Jadi macam mana Umi? Macam mana kita nak dapat duit? Semua orang perlukan duit. Angah, Irma dan Imran nak pakai duit untuk yuran sekolah. Cikgu Along kat sekolah pun dah minta duit yuran SPM. Macam mana nak bayar sedangkan kita tak ada duit? Macam mana Umi?”
Kali ini nada suara Ikram turut tinggi bagi menyaingi nada suara Umi yang turut tinggi sebentar tadi. Umi kelihatan terkesima dan terpaku sambil menyandar pada dinding. Ada riak mendung pada wajahnya. Ikram turut sama terkejut. Entah dari mana datangnya keberanian untuk dia meninggi suara sebentar tadi, dia sendiri tidak tahu. Ikram terus meluru mendapatkan Umi.
“ Umi, Along minta maaf Umi.” Ikram mencium jemari Umi bertalu-talu. “ Along minta maaf, Along tinggi suara dengan Umi. Along minta maaf.” Suara Ikram sudah tersekat-sekat.
Air mata Umi tumpah jua. Perlahan-lahan Umi mengusap kepala Ikram. Dibawanya Ikram ke dalam dakapannya.
“ Along, Along tak salah nak.”
“ Along minta maaf Umi.” Ikram membalas pelukan Uminya.“ Benarkan Along bantu Umi. Benarkan Along bekerja. Along minta izin daripada Umi.”
Umi terus memeluk Ikram erat. Akhirnya Umi setuju jua walaupun berat di hatinya untuk membenarkan Ikram berhenti sekolah.
*******************************************************************************
Lima belas tahun kemudian…
“ Kenapa ni bro?” Soal Leman, kawan sekampung Ikram setelah terlihat Ikram memejamkan matanya sambil memicit-micit kepalanya.
“ Takde pape, kepala aku pening sikit.”
“ Kau okey ke? Nampak macam teruk ja?”
“ Aku okey. Tak payah risau. Lepas telan Panadol dua biji okeylah tu. Jomlah, dah waktu rehat kan?”
“ Yelah.”
Keadaan di kantin di kilang elektronik di kawasan perindusdtrian Bakar Arang itu kelihatan begitu hiruk pikuk. Maklum saja, hanya satu kantin yang disediakan oleh pihak pengurusan kilang, maka tak dapat tidak para pekerja akan berebut-rebut untuk mendapatkan makanan dari situ. Tetapi tidak bagi Ikram. Dia membawa bekal sendiri. Bagi Ikram, biarlah dia berjimat untuk menyara keluarganya.
“ Kau sampai bila nak macam ni?” Soal Leman setelah mereka melabuhkan punggung di atas kerusi kantin.
“ Macam mana?” Soal Ikram kembali.
“ Sampai bila kau nak kerja macam ni?”
“ Kenapa?”
“ Yelah, hidup kau macam mana, impian kau macam mana?”
“ Orang macam aku ni Leman, mana ada impian.”
Leman menggeleng-gelengkan kepalanya. Dah diagaknya jawapan yang akan keluar dari mulut Ikram.
“ Kau tak teringinke nak ada isteri, ada anak-anak sendiri?” Duga Leman. Ikram hanya menyambut soalan itu dengan sebuah senyuman jelek.
“ Kau tengok Saerah anak Pak Husin tu. Aku rasa dia dah lama syok dekat kau.” Leman masih belum berputus asa.
Ikram mengerling sekilas ke arah Saerah yang berada selang dua meja daripadanya. Bukan dia tidak tahu bahawa gadis itu meminatinya, dan begitu juga dirinya, tapi..
“ Tapi kau tahu kan macam mana keadaan aku. Aku ada ibu yang kena jaga dekat rumah, adik-adik aku pun masih belum habis belajar.” Ikram memberi alasan.
“ Izham kan dah start kerja. Tak kan dia tak boleh bantu sikit?”
“ Dia kan baru kahwin Leman. Bukan senang nak mulakan sebuah family kalau tak ada duit. Aku tak nak dia susah.”
“ Itulah kau, suka sangat berkorban untuk kebahagian orang lain, kebahagiaan kau macam mana?” Tempelak Leman.
“ Aku tak ada sesiapa lagi dekat dunia ini melainkan Umi dan adik-adik aku. Ini tanggungjawab aku Leman.”
Leman ketap bibir bawah. Dah mati modal sebenarnya. Kalau bercakap dengan Ikram tentang hal macam ni, tak pernahnya dia akan menang. Ah, lantak kaulah Ikram ! Tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit lantang. Cepat- cepat Leman menjawab panggilan tersebut.
“ Kenapa Leman, nampak cemas je?”
“ Mak aku call tadi. Mak aku cakap, Umi kau pengsan dekat rumah Mak Som.”
“ Astaghfirullahhalazim, Umi.” Ikram memekup mulutnya. “ Tolong aku Leman, aku pinjam motor kau sekejap.”
“ Orait, hati-hati”
*********************************************************************************
“ Along kan dah cakap dengan Umi semalam, jangan pergi kerja dekat rumah Mak Som, tapi Umi degil jugak. Dah pengsan macam ni sapa yang susah? Anak Umi jugak yang susah .” Bebel Ikram sambil menatang dulang berisi bubur ke arah katil. Umi hanya mengukirkan senyuman singkat.
“ Bangun Umi, makan bubur ni. Along masak untuk Umi.”
“ Jangan risaulah Along. Umi demam sikit ja ni. Esok sembuhlah tu.”
Selesai bersolat Subuh, Ikram terus menyarung Uniform kilangnya. Setelah bersiap ala kadar, seperti biasa Ikram akan menuju ke dapur untuk bersarapan. Selepas bersarapan, Ikram akan menunggu Leman datang mengambilnya untuk sama-sama ke kilang. Namun Ikram terkejut bila mendapati keadaan dapur yang kosong, tidak seperti kebiasaan apabila sarapan sudah tersedia. Hanya satu yang bermain di fikirannya kini, Umi !
Ikram pantas berlari menuju ke bilik Umi. Sampai di bilik Umi, kelihatan Umi sedang terbaring di atas katil. Kain selimut tebal elok membungkus dirinya. Segera Ikram meletakkan telapak tangannya ke atas dahi Umi. Ya Allah, panasnya bukan panas yang biasa. Ikram cemas seketika. Dia tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Puas dipanggil Uminya bertalu-talu, namun mata Umi masih erat dipejam.
Akhirnya Ikram nekad. Tubuh Umi dicempungnya lalu dibawa turun dari rumah. Walaupun berat, tetap digagahinya juga. Demi Umi yang disayangi, Ikram rela.
“ Sabar Umi, Along bawa Umi pergi hospital. Umi sabar ye.”
Setelah berhempas pulas mendukung Umi sejauh lebih satu batu menyusuri denai kampung, akhirnya mereka tiba di jalan utama. Mujur ketika itu banyak teksi yang lalu lalang di jalan tersebut. Ikram terus menahan sebuah teksi menuju ke hospital yang terletak di pekan Sungai Petani.
**********************************************************************************
“ Saya minta encik sabar banyak-banyak. Ibu encik diserang angin ahmar menyebabkan separuh daripada badannya dari pinggang ke bawah tidak dapat bergerak.” Terang seorang doktor muda di hospital itu.
Ikram tidak dapat membendung air matanya daripada terus mengalir. Bukan kerana selama ini dia tidak pernah menangis, namun dugaan kali ini maha hebat bagi dirinya.
“ Umi..” Ikram membelai lembut wajah Uminya.
“ Jangan nangis nak.” Umi menyeka air mata di wajah Ikram. Ikram lantas mencapai tangan Uminya lalu diciumnya berulang-ulang kali.
“ Mengapa sampai begini sekali Tuhan menduga kita Umi?”
“ Jangan salahkan Tuhan nak, Tuhan menduga kita kerana Dia sayangkan kita.”
“ Tapi mengapa mesti kita? Mengapa bukan orang lain?”
“ Lagi sekali Along, jangan salahkan Tuhan. Umi minta Along istighfar banyak-banyak. Tuhan tak akan menduga hambaNya kalau Dia tahu hambaNya tak mampu untuk menghadapinya. Percayalah nak, setiap dugaan yang diberi, pasti akan ditebarkan dengan inti-inti kekuatan untuk manusia menghadapinya. Umi redha.”
Ikram beristighfar berkali-kali di dalam hatinya. Dia hampir hilang pedoman jika bukan kerana diingatkan oleh Uminya sebentar tadi. Dalam hal seperti ini, sepatutnya dia yang harus lebih tabah dan mententeramkan Uminya, namun sebaliknya yang berlaku. Ikram insaf. Tidak akan sekali-kali dia meragui ‘kerja’ Tuhan yang pasti ada hikmah di sebaliknya.
Pintu bilik hospital tiba-tiba dikuak. Izham, Irma dan Imran yang baru tiba terus menuju ke katil untuk bersalaman dengan Umi mereka. Mengikut kata Izham, dia yang menjemput Irma dari UKM dan Imran dari UPM setelah dimaklumkan tentang keadaan Umi. Isteri Izham sendiri tidak dapat ikut serta kerana sedang berkursus di Putrajaya.
“ Along, Iz tak boleh lama-lama dekat sini. Banyak lagi kerja Iz dekat pejabat tu. Irma dengan Imran pun rasanya tak boleh lama-lama dekat sini. Rasanya mereka tengah ada peperiksaan akhir tahun sekarang ini.” Kata Izham kepada Alongnya di luar bilik hospital.
“ Jadi bila nak balik?” Soal Ikram sedikit kecewa.
“ Mungkin pagi esok kami bertolak balik sana.”
“Okeylah kalau macam tu.”
Derap langkah terus diatur menuju ke kantin hospital. Perut yang sedikit memulas sebentar tadi perlu diisi juga. Izham terkial-kial membontoti langkah Ikram, sedangkan difikirannya, ada perkara yang bernari-nari. Keraguan disingkirkan, selajur, mulut mula mengatur bicara.
“ Along..” Langkah Ikram diperlahankan.
“ Apa hal?” Soal Ikram
“ Iz rasa, bila tengok keadaan Umi macam tu, lebih baik rasanya kita hantar Umi ke rumah penjagaan. Senang sikit. Along nak pergi kerja dekat kilang pun tak payah nak risaukan pasal Umi.”
Ikram menoleh dengan pantas. “ Izham ?”
“ Maksud Iz, dekat situ Umi akan lebih terjaga.”
“ Dekat mana?” Mata Ikram sudah mencerlung.
“ Rumah orang tua hospi…”
Praaaap!
Belum sempat Izham menghabiskan butir bicaranya, tangan Ikram lebih laju dihayun ke muka Izham. Amarahnya bagai dilapah ketika ini, geramnya bukan kepalang.
“ Izham ! Kita ada Umi seorang saja dekat dunia ni ! Kita dah tak ada sesiapa. Kita hanya ada Umi sahaja.” Menggigil-gigil suara Ikram menahan marah. Air hangat yang bergenang di kelopak mata dibiarkan laju menuruni pipi.
“ Setelah Walid meninggal, Umi mampu jaga kita empat beradik dengan baik. Takkanlah setelah kita besar dan berjaya, kita yang empat orang ni tak mampu nak jaga Umi seorang?”
Ikram memusingkan badannya membelakangi Izham. Matanya dipejam erat bagi membendung air mata daripada terus keluar dan juga bagi membendung rasa marah yang masih bersarang di dalam dirinya.
“ Maafkan Iz, Along. Maafkan Iz.” Ikram terasa jemarinya diraih dan digenggam erat. Namun dia masih membatukan dirinya.
“ Along, Iz silap Iz minta maaf.” Izham memeluk pula Ikram, namun Ikram masih kaku di situ. Matanya masih dipejam erat.
“ Iz minta maaf, Iz minta maaf.”Rayu Izham penuh sayu. Kedengaran tangisan kecil mengiringi rayuannya. “ Iz minta maaf.”
Ikram mengumpul kekuatan diri. Akhirnya dibalas juga pelukan itu. Perlahan-lahan tangannya mengusap belakang Izham.
************************************************************************
3 bulan berlalu..
Keadaan di teratak usang tempat tinggal Ikram dan Uminya tidak banyak yang berubah berbanding 15 tahun yang lalu. Masih berdinding papan dan beratapkan zink, cuma mungkin keadaannya kini lebih baik sedikit setelah beberapa kali dibaik pulih. Ikram merenung jauh ke luar jendela rumah. Masih ingat lagi dia bagaimana dia dan adik-adik terpaksa menggunakan air telaga dibelakang rumah untuk mandi dan bagaimana mereka hanya bertemankan cahaya lilin bila malam kunjung tiba. Namun Izham bersyukur, dengan sedikit pendapatan yang diperolehnya, dia mampu mengubah semua itu. Air paip dan bekalan elektrik yang diperoleh merupakan nikmat besar yang mungkin bagi sesetengah orang dianggap biasa-biasa sahaja.
“ Along..” Lamunan Ikram terhenti bila terdengar laungan Umi dari dalam perut bilik. Ikram pantas berlari mendapatkan Uminya.
“ Ada apa Umi?”
“ Umi nak buang air kecil.”
“ Umi tunggu kejap ye.”
Ikram pantas berlari pula ke dapur untuk mengambil bekas. Setelah Umi selesai membuang air kecil, Ikram mencucinya lalu dibawa semula bekas itu ke tandas untuk dibuang. Begitulah rutin harian Ikram sejak tiga bulan yang lalu. Setelah Umi disahkan lumpuh separuh badan, Ikram mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menjaga Uminya. Hanya upah memungut kelapa yang diambilnya sebagai sumber pendapatan. Mujur juga Izham banyak membantu dari segi kewangan.
Ikram kembali mendapatkan Uminya di katil.
“ InsyaAllah esok Izham, Irma dan Imran balik sini Umi.” Ikram melabuhkan punggungnya di sisi Umi.
“ Betulke Along?” Wajah Umi kelihatan berseri sekali.
“ Betul Umi, tadi Ikram ada telefon Izham, dia cakap petang esok mereka sampai.”
“ Alhamdulillah. Umi rindu sangat nak jumpa anak-anak Umi.”
“ Erm, dah masuk Zohor ni Umi, Umi nak solat?”
Umi hanya mengangguk kepala tanda setuju.
“ Umi tunggu sekejap ye, Ikram pergi ambil air.”
Setelah air diambil, Ikram membantu untuk mewudhukkan Uminya. Setelah itu, dipakaikannya pula telekung lalu diangkat Umi untuk bersandar di hujung katil.
“ Kita jemaah sekali ye Umi.”
“ Baiklah.”
*******************************************************************
Petang kelihatan nyaman sekali. Langit cerah dan cuaca yang tidak terlalu panas mendamaikan suasana. Burung-burung kelihatan terbang bebas diangkasa. Sesekali terdengar siulan gagak yang yang jarang-jarang sekali menghadirkan diri. Setelah selesai menghantar buah kelapa yang di pungut ke rumah Pak Saad, Ikram singgah seketika di gerai Pak Tam untuk membeli cempedak goreng yang dipesan oleh Uminya. Mengapa dari semalam lagi orang tua itu beria-ia hendak makan goreng cempedak, Ikram sendiri tidak tahu. Biarlah, mungkin Umi mengidam cuma. Lagipun, sebentar lagi adik-adiknya bakal pulang ke kampung. Meriah sedikit suasana.
“Assalamualaikum Umi.” Ikram memberi salam sebaik sampai di rumah, namun Ikram pelik bila salamnya tidak bersahut. “ Umi?”
Ikram pantas berlari menuju ke bilik Umi. “ Ya Allah, Umi!” Umi sedang terbaring di lantai bilik. Bagaimana Umi boleh terjatuh dari katil, dia sendiri tidak tahu. Segera Ikram memangku Uminya.
“Umi, kenapa ni Umi, kenapa badan Umi panas?” Umi kelihatan longlai dan tak bermaya. Wajah Umi pucat lesi.
“ Umi rasa nak muntah. Umi nak cari bekas, tapi Umi…uwekk.”
Ikram gelabah. Hendak dicari bekas, memang tiada di dalam bilik, melainkan di dapur sahaja.
“ Umi sabar, Umi. Ikram cari bekas.”
“ Umi tak larat.”
Umi batuk dengan teruknya. Ikram tak jadi untuk meninggalkan Uminya. Dalam keadaan gelabah itu, Ikram terus menadah tangannya di bawah mulut Umi.
“ Umi, Along tak sempat nak cari bekas.” Umi terus muntah di atas tapak tangan Ikram. Biarlah Umi muntah-muntah di atas tapak tangannya daripada Umi muntah di atas lantai.
“ Along ” Ikram menoleh seketika ke arah belakangnya. Kelibat Izham, Irma dan Imran yang baru sampai di rumah mengisi ruang mata. Mereka seakan terkesima melihat akan apa yang berlaku di depan mata. Beg yang sedang dijinjing Irma terlepas dari genggamannya.
“ Izham, Izham tolong Along ambil bekas dekat dapur. Along tak sempat nak cari tadi.” Pinta Ikram.
“ Baik Along.”
Serta-merta Izham berlari ke dapur. Hati Izham tersentuh dengan apa yang dilakukan oleh Along sebentar tadi. Matanya yang berair dikesat dengan hujung baju. Izham teresak perlahan di pintu dapur.
“ Bekas Along.”
“ Terima kasih.” Sisa-sisa muntah dimasukkan kedalam bekas itu. Setelah itu, tubuh Umi dipindahkan ke atas katil. Umi kelihatan lemah sekali, namun Umi masih mampu tersenyum setelah melihat wajah anak-anaknya.
“ Umi minta maaf, Umi dah menyusahkan anak-anak Umi.” Suara Umi sangat perlahan.
“ Tak Umi, kami yang dah susahkan Umi. Umi rehatlah Umi. Umi nampak letih sangat.” Pinta Irma sambil menggenggam erat tangan Umi.
“ Umi dah tak larat. Umi rasa mengantuk sangat. Umi nak minta izin anak-anak Umi, Umi nak tidur.”
Ikram, Izham, Irma dan Imran tergamam akan apa yang diucapkan Umi. Angin tiba-tiba bertiup dengan agak kuat sehingga langsir bilik berterbangan. Serentak dengan itu kedengaran burung gagak membuat bising. Imran membisikkan sesuatu ke telinga Along.
Ikram menggenggam erat tangan Umi. Dan perlahan-lahan mulutnya didekatkan ke telinga Umi. “ Umi, Umi ikut Along Umi.” Ikram melafazkan syahadah ke telinga Umi. Mulut Umi bergerak-gerak perlahan seolah turut mengikut apa yang dilafazkan oleh Ikram. Dan tak lama kemudian, mata Umi terus terpejam dalam tidur yang lena.
*********************************************************************
Di tanah perkuburan…
Setelah selesai upacara membaca talkin, hadirin yang hadir beransur-ansur pulang. Tidak kurang juga yang masih mahu berada di tanah perkuburan itu, seolah-olah bagai ada sesuatu yang menarik perhatian mereka. Malah pelbagai versi cerita yang dibahaskan serta menjadi topik perbualan.
“ Jah, kau tak bau ke apa yang aku bau tadi ?” Soal Mak Som.
“ Aku pun bau jugak Som, wangi sangat. Aku tak pernah bau sewangi tu, Som.” Jawab Mak Jah.
“ MasyaAllah, memang Tuhan tu maha besar.”
“ Syukur Som kalau aku dapat anak macam tu, sejuk hati aku.”
“ Betultu Jah. Aku kenal sangat dengan arwah. Arwah semasa hayatnya memang sangat sayang akan ibunya. Semua yang dia buat adalah untuk ibunya, untuk adik-adiknya. Dah banyak sangat dia berkorban untuk keluarga dia, sampai-sampai dia sendiri sakit kena kanser otak.”
“ Aku kagum Som, anak soleh macam tu. Aku pernah dengar dulu dia sanggup dukung ibunya sampai satu batu lebih untuk ke hospital. Kalau anak aku si Meon tu, jangan haraplah, suruh pergi kedai pun tak larat.” Bebel Mak jah.
“ Oklah Jah, dah sampai rumah aku ni. Malam ni jumpa lagi dekat masjid, majlis tahlil.”
Di pusara Ikram…
Tiga beradik, Izham, Irma dan Imran masih berteleku di sisi pusara Along mereka. Mata masing-masing masih memerah dek air mata yang merembes keluar tanpa henti. Di sisi tangan masing-masing, surah Yasin digenggam erat lalu dilagukan mereka secara serentak. Keadaan cuaca yang elok, bayu yang bertiup manja dan ranting yang terbuai-buai seolah-olah merelakan pemergian Ikram.
“ Along, semoga engkau damai di sana.”
----------------------------------
-Renungkan-
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Selamat Hari Ibu
Copyright: Billynain
Nukilan: Adli
[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak
1929
-
Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan
Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut
pada...
5 years ago
10 comments:
weh.sedih.huhuhu.......nukilan yg bagus, tp kalau nk lagi mantap, time diorg 3 org kat kubur tu, hang ckp lah depa dh tua ka, ikram meninggal sebab apa ka, mesti lg mantap! heheheh....adli! good job!
wah...tenkiu Najah for the comment!
You really inspire me...nk jd novelis mcm hang jugak!
by the way, dkt last part of the cerpen, dah diterangkan Ikram meninggal sebab kanser otak=))
alamak! malunya! aku baca x habis ar.hehehehe...sorry3! klu cm2, tip-top lah! GOOD JOB!
p/s: ckup inspirational ke aku ni? huhu.....btw, thanks u for that, heheheh....really need that though.. ;)
wah...memang sedih n touching sgt cerita ni..
never knew this side of u la adly~
good job!~
tenkiu deena! its just a hobby,something i enjoy bila ada free time..tenkiu!
sedih!...sedih part Ikram tampar Izham tu.touching time part Ikram tadah tangan utk tahan muntah umi dia...sob sob sob!
sangat style..
tenkiu to Fara n Hadi, really appreciate that=))
tenkiu to Fara n Hadi, really appreciate that=))
Post a Comment