Welcome to my Weblog

A Childlike Story of Me

Saturday, July 24, 2010

Gegaran Gempa Bumi di UTP

Patutlah sekitar pukul 10 tadi tiba-tiba sahaja kerusi yang saya duduk rasa bergoyang-goyang.

Ingatkan dia saja nak bergegar. Seramlah jugak sekejap.

Gegaran dirasai ketika saya duduk di atas kerusi mengadap laptop, dalam sebuah bilik di tingkat paling atas bangunan blok v5c di UTP.

Then, sebab curious, terus bukak Berita Harian Online....tengok dekat bahagian terkini.

Confirmlah ada kejadian gempa bumi berukuran 6.1 pada skalar ritcher berlaku di Sumatera, Indonesia kira-kira pukul 10.11 pagi tadi.


Berikut adalah petikan daripada BH online:

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berlaku 10.11 pagi, berpusat di 40 kilometer (km) tenggara Padang Sidempuan, Indonesia, dan 307 km tenggara Klang, Selangor.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Wilayah Persekutuan, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima beberapa panggilan daripada pengurus bangunan di sekitar ibu negara yang memaklumkan berlakunya gegaran kecil.

"Antaranya bangunan yang menempatkan bank, hotel dan beberapa pangsapuri. Turut merasai gegaran kecil ialah ibu pejabat bomba Kuala Lumpur di Jalan Maharajalela," katanya sambil menambah pihak pengurusan bangunan dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri.

Azizan berkata, beliau dimaklumkan pengurus bangunan juga tidak meminta penghuni untuk mengosongkan bangunan.

"Pihak bomba akan memantau perkembangan tersebut melalui maklumat terkini Jabatan Meteorologi," katanya. -

2 comments:

hang nadim said...

waa.. same.. kami juge merasai!!! :D

BillyNain said...

ooh...ko pun rasa jugak ke?
sebenanya ramai yg xperasan
sbab time tu masih pagi lagi
ramai yg blom bgn tido
esp hosmet2 aku...ahaha

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Powered by Blogger