Welcome to my Weblog

A Childlike Story of Me

Sunday, October 10, 2010

Salam Aidilfitri: Tronoh Jadi Toronto


Hari ni keluar dalam Utusan Malaysia tentang berita penipuan yang dibuat oleh pelajar-pelajar UTP yang membuat salam perantauan Aidilfitri, kononnya mereka sedang belajar di Universiti of Toronto Kanada. Gambar yang dihantar mereka telah keluar di akhbar tersebut pada 21 September lalu.

 
Hari ini keluar pula berita tentang kekesalan dan rasa marah pihak akhbar yang telah diperbodohkan oleh pelajar-pelajar ini. 

Pada aku, ini kesimpulan yang aku boleh buat:

  • Student UTP sememangnya kreatif dan jaguh dalam benda-benda macam ni. Sebelum ni pun dah banyak kes yang lagi dahsyat daripada ini. Kes hacking system Maybank adalah yang terbesar pernah aku dengar setakat ini.
  • Pihak Utusan berasa tercabar dengan prank yang dibuat oleh sekumpulan pelajar ini. Sebagai sebuah badan akhbar yang dihormati, kejadian seperti ini pastinya menjejaskan kredibiliti mereka.
  • Dari satu segi, bila berita tersebut keluar dalam akhbar hari ini, ia sedikit sebanyak menjejaskan imej UTP. Tetapi ia juga memberi publisiti buat UTP yang kurang terkenal ini.
  • Dari satu segi pula, ia menunjukkan kepincangan di pihak akhbar itu sendiri. Mengapa mereka tidak menyelidiki terlebih dahulu kesahihan gambar itu. Bukankah itu etika kewartawanan dan penyiaran. Adakah benar-benar wujud University of Toronto di Kanada? Jika ya, benarkah gambar itu? (actually mmg wujud)
  • Aku bersetuju dengan kenyataan ini. 'Inilah masanya untuk kita menoleh ke belakang. Melihat apa yang kurang dalam sistem pembentukan sahsiah remaja sebagai modal insan yang diperlukan untuk membangunkan negara. Isu penipuan gambar untuk ruang Salam Perantauan tidak boleh dilihat remeh. Fikirkan jumlah pembaca yang turut ditipu dan tertipu. Teknologi untuk menipu, teknologi juga dedahkan penipuan.'
  • Aku juga bersetuju memang kita harus berasa marah jika ada orang menipu atau membuat prank terhadap kita. Tetapi wajarkah berasa marah dan 'membunuh' pelajar2 ini sedangkan di pihak kita juga melakukan kesalahan? 
  • Aku yakin pihak Utusan akan lebih berhati-hati selepas ini. Sekurang-kurangnya perkara ini memberi pengajaran buat mereka dan juga pelajar2 ini. Tak perlulah dipanjangkan lagi perkara ini.
p/s: Aku rasa ruangan salam perantauan ini sepatutnya dimansuhkan. Dalam zaman teknologi seperti sekarang ini, ruangan ini rasanya tidak lagi relevan. Facebook, email, video call, telepon semuanya dah ada!

Baca selanjutnya di sini

17 comments:

hadi Saaidin said...

haha. budak2 utp mmg sengal. tp style. hehe

Anonymous said...

Adakah benar-benar wujud University of Toronto di Kanada? Memang tak ada! <---- http://en.wikipedia.org/wiki/University_of_Toronto
wujud je tu..

1st time post reply blog hang

BillyNain said...

my mistake!
thx ya, for da info
sudah diperbetulkan
hee~

razan said...

bila si noraini abdul razak tu buat rencana sebegitu, menampakkan mereka utusan ni nak bising2 lagi pasal kesilapan dorang. politik. hmph.
dah tau salah, senyap2 sudah. orang tak perasan pon kalo noraini abdul razak tu tak buat artikel dedah tu, macam nak cakap kat dunia ni bahawa silap mereka sendiri yang tak selidik betul2 asal usul gambar itu.
dan isu ni kecik sangat cam tak perlu di uar2 kan pada orang luar. ceh. boo boo utusan, noraini abdul razak.
dan ya, salam perantauan dah tak relevan. memang.

well, congrats lah pada muka2 yang appear dalam gambar tu. kawan aku semua tu. tak silap gambar tu diambil pakai Nikon D90 je.

BillyNain said...

betul tu. setuju jugak.sekarang satu malaysia dah tahu.kesalahan yang cuba ditujukan pd org lain tp sebaliknya menunjukkan kelemahan pihak itu sendiri.so pathetic!

ya, among them juga mmg my friend. mengikut cerita (dr sumber yg sah), gambar tu diambil suka2. then ada sorg ni rajin pegi hantar ke utusan dan dipublishkan pula. so bukan semua yg trlibat...sorg sj yg ter lebih 'kreatif'

SS said...

"behold the power of internet, once u r a moron to a few, now u r a moron in front of thousands"

Anonymous said...

kalau orang tipu kita, kita yg bersalah sebab tak selidik betul2??? ajaran ugama apa ni???

BillyNain said...

kepada Anonymous diatas: aku yakin kritikan tu ditujukan kpd pengkomen razan bukan? pd aku ko telah memutar belitkan kenyataan saudari razan.kadang2 apa yg kita tulis,cakap dan buat tak sama dgn apa yg kita maksudkan...tp aku paham apa yg razan maksudkn, sebab tu aku brsetuju.

but, pd pendpt aku, dua2 pihak bersalah (pihak student dan pihak utusan). pihak student bersalah sebab melakukan penipuan. pihak utusan bersalah sebab menyiarkan juga gambar itu tanpa menyelidiki trlebih dahulu kesahihan gambar tu.

Fiffy Hazirah said...

aku nak bagi boo untuk utusan msia. boooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo


dia marah orang tipu dia. padahal sebelum ni macam la sahih sangat berita yg dorang buat kat paper tu. dah la berita ntah hape2. nak naikkan rating je. blah. padan muka. banyak lg yang tipu actually. tp dorg x sedar. kahkahkaj

Mohd Hafifi said...

..memang patut pon AKHBAR PENIPU ni kene TIPU..

Abu Huzaifah said...

hehe,bangga aku jadi budak utp,actually ramai jek pernah buat benda ni,tapi xtaw camne yang ni leh kantoi lak

Ismail said...

masa aku & kekawan study kat Amerika circa awal 90-an dulu pun pernah kami antar gambar tipu macam kes univ toronto ni! Kami just made up the univ name. Anyway, surat kabar utusan ni memang tak ade value pun...terutama komentar "awang tak selamat".

Anonymous said...

haha kreatif jugak student utp ni. tapi tu pengajaran buat media akhbar sendiri jugak. banyak hikmahnya..

zaty luvlianncez said...

haha. ngok ngek tol. but i like juz nk hav fun je tue :)

S a l a m r a m a d h a n~
Jum hayati di sini (^o^)
jangan terseksa kerana CINTA

Unknown said...

have fun yg mlmpau batas.. huhu

Anonymous said...

eh eh sape yg stupid? haha..bkn students kot tp utusan. haha. -pro utp

jhon kabul said...

Are you Gemini user? Are you dealing with Gemini Support Number
the error while accessing Gemini? Do you know how to fix the Gemini errors on your own? If you encounter any Gemini glitches and want to resolve it permanently and attain solutions related to the errors then all you need to do is dial Gemini contact number at 1-800-665-6722. The well skilled professionals are there to assist you and always at your service. Feel free to approach them to eradicate your issues in fraction of time.
Gemini customer support number
Gemini Number
Gemini Contact Number
Gemini Toll Free Number
Gemini Support Number
Gemini Phone Number
Gemini Helpline number
Gemini Support Phone number
Gemini Customer Support
Gemini Customer Service
Gemini Customer Service Number
Gemini Wallet phone Number

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Powered by Blogger