Welcome to my Weblog

A Childlike Story of Me

Monday, October 1, 2007

Contol,under control,controlled,over control

SUNDAY 30/09/2007 18 Ramadhan 1428H

9.34 am



Sepeninggalan
aku,ruang ini telah dibiarkan sepi.Lantas terlanjur aku di sini,
biarlah kucoretkan sesuatu agar kesepian ini terubat meskipun ia masih
bersisa debu.Benar,sepi itu parasit dan sepi itu membunuhku.Namun aku
bahagia bersulam perasaan ini.Jati diri tetap ada meski dipagut
sepi.Mungkin inilah hikmahnya Ramadhan,bulan yang penuh misteri tetapi
memberi sinar kepada aku yang terkapai-kapai dalam
kekelaman.Benar,Ramadhan penuh kerahmatan dan aku pasti menangisi
pemergiannya..amarah aku bukanlah tinggi,bukan juga mudah melemparkan
prejudis,jauh sekali untuk mengganggugugat diplomasi,namun aku akui
tidak terdaya menanggungnya sebelah bahu,meski dengan kedua-dua belah
bahu,lantas aku tersembam menghempap bumi..kerana aku adalah manusia
biasa.Aku akui,tika itu aku hilang pertimbangan dek dilapah amarah
menggunung,lantas aku lancar untuk menghamburkan picisan kata-kata yang
bukan menjadi sifatku.maafkan aku wahai rakan jika ada yang terkesan
dengan perkataan itu..kini aku menginsafi dan lebih berhati-hati,kerana
orang yang berjaya adalah orang yang dapat mengawal sifat marahnya
walau dalam apa jua keadaan sekalipun..dan oleh sebab itu,terima kasih
Ramadhan kerana memberikan aku pengertian ini.aku percaya,setiap dugaan
yang ditebar pasti akan disertakan dengan inti-inti kekuatan untuk
manusia menghadapinya…

Sunday, September 2, 2007

Love Still Grows

saturday 01/09/2007
10.42am

Pagi nirmala yang damai…tatkala mata begitu lena dalam tidur yang pulas,aku terjaga dari ulitan mimpi yang indah.perlahan,aku mencapai jam di sisi..dalam temaram cahaya lampu meja,aku melihat….ah,baru pukul 5 pagi!aku cuba untuk tidur semula,tetapi usaha yang sia-sia..kepayahan yang kembali membawa aku ke alam akademi fantasia,huhu..dari suram kamar sepi,aku mengintai tabir ke luar jendela..dan aku hanya berbicara sendirian,mujur roomate aku tak ada..mengapa pagi yang damai terasa bahangnya?sunyi itu sepi tetapi kedamaiannya bukanlah keindahan..sang bulan dan sang bintang menghilang entah kemana.mengapa di kala aku ingin mengagumi keindahan kalian,kalian sepi mendiam diri??atau adakah mungkin cuma kalian berasa janggal,lantas malu untuk bersapa denganku??tolonglah,aku memerlukan teman bual bicara..semalam rayuanku kepada sang angin tidak dipedulikan.ah..sombongnya kau wahai sang angin,tetapi aku akan terus menanti,kerana aku pencinta yang setia.haaaaah…ihsan aku melepaskan nafas.berat,tetapi amat mudah dan lancar untuk aku menghembuskannya.inilah hakikat perasaanku..jika cinta dan kasih sayang adalah abadi dan keabadian,ia akan kekal merentas masa.jika ia adalah kebenaran dan keikhlasan,ia akan terus mekar menjalar…malam makin menjengah pagi, dan sang matahari yang pengecut bakal muncul sebentar lagi.maka aku harus memperkemas diri…aku terus menanti

Saturday, September 1, 2007

I LOVE YOU

Friday 31/08/2007
7.08pm

petang ini sang awan memuntahkan kandungannya..patutlah dari tadi sang awan kelihatan lesu dan tidak bermaya..sekarang bumi UTP habis dibasahinya.saudaranya sang matahari,sedari tadi menghilangkan diri..sekarang sedang melabuhkan tirainya di jendela malam.ah..!!pengecutnya kau wahai sang matahari..sang angin?aku rindu belaian sepoi-sepoimu itu..tapi di manakah engkau?jika benar engkau pencinta setia,maka tolonglah khabarkan kepadanya betapa aku mencintai dan menyayangi dirinya…tadi saat kawanmu memuntahkan kandungannya,kolam mataku turut sama pecah,tapi alirannya lesu,tidak sepantas muntah kawanmu itu!..aku amat merindui dirinya,sungguh…tidak tertahan penantian ini ,sungguh..ianya satu penyeksaan!tolonglah sang angin..tunjukkan kuasa saktimu itu,jangan jadi pengecut seperti sang matahari..kepadamu insan yang aku sayangi,mendengarkan suaramu sahaja sebentar tadi,cukup untuk meruntun rasa hati, tapi belum cukup untuk melampiaskan gelora rindu yang masih berbaki di lubuk rasa..dan demimu,aku berjanji untuk tidak mengecewakanmu..ibu, i love you very much!!!………sang angin di manakah kau???aku menanti…..

Friday, August 31, 2007

Merdeka,oh Merdeka

Thursday 30/08/2007
8.45 pm

dalam masa beberapa jam sahaja lagi,genaplah usia 50 tahun kemerdekaan malaysia…dan aku… masih terkapai-kapai,termangu di sisi ceriteranya.pasti ianya berkecai dan plotnya berderai..mengundang seribu macam persoalan.,merdekakah aku insan kerdil ini?..ah runsing aku!..mengapa di kala malam indah persoalan ini tiba-tiba je menggaru hati?tolonglah…selama ini aku mengerti merdeka adalah sejarah.sejauh mana kita di hadapan atau maju sekalipun,sesekali kita harus menoleh ke arah sejarah silam,jatuh bangunnya bangsa serta perjuangan menuntut kemerdekaan adalah sejarah..ah mahalnya nostalgia itu…aku pasti akan lebih menghargai kemerdekaan jika aku berada pada era itu dan pasti akan lebih memahami pahit jerih yang dilalui jika aku bersama-sama memikulnya.tapi..aku adalah anak millenium,mana mungkin aku bisa memahaminya…dan inilah persoalan yang sedari tadi menggoyang ranting hati..sementelah kecil,aku memahami kemerdekaan dengan perarakan mega,persembahan budaya,konsert merdeka?,pertunjukan bunga api…seolah perisian itu hanya berambisi pada keriuhan dan kebisingan,sedangkan tujuan asal untuk mengutuhkan semangat setia dan cintakan negara…dan keyakinan aku adalah,itulah erti kemerdekaan,(keriuhan dan kebisingan)…maka,wajarkah aku digaru dengan persoalan ini??

Merdeka!!Merdeka!!Merdeka!!
Selamat menyambut kemerdekaan.Malaysia!!!!!!

Sunday, August 12, 2007

The face of Nation-get xcited

ku kepilkan sajak ini sebagai pedoman bersama..kiranya ia bisa melukakan,biarlah ia hanya terbenam di lubuk hati.carilah penawar dengan menghitung diri sendiri.sejarah tidak boleh berubah,namun kita mampu mengubah takdir diri..renungkan

keranamu Malaysia,
tegakkan nusa gagahkan bangsa,
kita susun seribu langkah,menuju ke hadapan
bersama mensesah pekat malam,menerjah gelombang
berlari mengejar cahaya,menepati janji di hujung jalan,
walau berdepan sejuta rintangan,
sekalipun jatuh di medan perjuangan
namun tetap meredah,mencapai wawasan
alangkah damainya negeriku ini,
dilimpahi rahmat,kemakmuran dikurniai,
bangsa bersatu berjiwa waja
semangat patriotik kian membara
dunia sudah membuka mata
penghormatan kini menjadi nyata
tiada lagi penindasan
tiada lagi penghinaan
kemerdekaan terus terpelihara
damainya negeriku ..Malaysia

Melayu mudah lupa(3x)
dulu bangsanya dipijak,melayu mdah lupa,
dulu bangsanya retak,melayu mudah lupa
dulu bangsanya teriak,melayu mudah lupa
dulu bangsanya haprak,melayu mudah lupa
dulu bangsany akelas dua,melayu mudah lupa
dulu bangsanya hina,melayu mudah lupa
dulu bangsanya sengketa,melayu mudah lupa
dulu bangsanya derita,melayu mudah lupa
dulu bangsanya kerdil,melayu mudah lupa
dulu bangsanya terpencil,melayu mudah lupa
tiada daulat,tiada maruah,tiada bebas,
melayu mudah lupa(3x)
sejarah bangsanya yang lena
tanah lahirnya yang merekah berdarah
ingatlah
ingatlah
ingatlah
wahai bangsaku
jangan mudah lupa lagi
kerana perjuanganmu belum selesai

nukilan:Tun Dr Mahathir Mohamad

selamat menyambut kemerdekaan yang ke-50

Saturday, April 21, 2007

WANITA CANTIK GODA MALAIKAT

DIRIWAYATKAN daripada Nafi’ dari
Abdullah Umar, bahawa Rasulullah s.a.w
pernah bersabda bermaksud: “Ketika
Nabi Adam a.s diturunkan Allah ke
bumi, maka berkatalah malaikat, “Wahai
Tuhanku, mengapa Engkau hendak
menjadikan (khalifah) di bumi itu
orang yang akan membuat kerosakan
padanya dan menumpahkan darah, padahal
kami sentiasa bertasbih dengan memuji
Engkau dan menyucikan Engkau?”

Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku
mengetahui apa yang tidak engkau
ketahui.”

Malaikat berkata, “Kami adalah orang
lebih patuh kepada Engkau berbanding
anak keturunan Adam.”

Kepada malaikat, Allah
berfirman: “Panggillah ke mari dua
malaikat. Aku akan turunkan mereka ke
bumi hingga kamu dapat melihat apa
yang dilakukan kedua-dua malaikat itu!”

Malaikat menjawab, “Tuhanku, biarlah
Harut dan Marut saja yang
melakukannya!”

Harut dan Marut pun diturunkan ke
bumi, lalu Allah mencipta seorang
wanita daripada bunga (Zahrah) yang
amat cantik. Zahrah pun mendatangi
kedua-dua malaikat itu untuk
menggodanya.

Kedua-dua malaikat itu tertarik dengan
kecantikan Zahrah hingga timbullah
keinginan terhadapnya.

Zahrah berkata, “Tidak, demi Allah,
jika kamu mahu mengucapkan kalimah
musyrik ini!”

Kedua-dua malaikat itu
menjawab, “Tidak, demi Allah, sedikit
pun kami tidak mahu mempersekutukan
Allah untuk selama-lamanya!”

Zahrah meninggalkan mereka berdua.
Beberapa saat kemudian, dia kembali
lagi membawa anak kecil.

Apabila mendekati kedua-dua malaikat
itu Zahrah berkata, “Tidak demi Allah,
sebelum kamu bersedia membunuh anak
kecil ini!”

Kedua-dua malaikat itu
menjawab, “Tidak, demi Allah selamanya
aku tidak akan membunuhnya!”

Zahrah meninggalkan mereka dan datang
semula sambil membawa segelas arak.
Setelah menyapa malaikat, Zahrah
berkata, “Tidak, demi Allah, sebelum
kamu berdua minum arak ini!”

Akhirnya kedua-dua malaikat itu
meminumnya hingga mabuk dan kemudian
mereka berzina dengan Zahrah sebelum
membunuh anak kecil itu.

Apabila kedua-dua malaikat itu sedar,
Zahrah berkata, “Demi Allah, ketika
kamu dalam keadaan mabuk tadi, kamu
sudah melakukan semua yang sudah kamu
tolak sebelum ini.”

Akhirnya Harut-Marut diperintah untuk
memilih antara seksa dunia atau di
akhirat. Kedua-duanya memilih seksaan
di dunia.

Diriwayatkan Makhul daripada Mu’adz,
ketika kedua-dua malaikat itu sedar,
maka datanglah dari sisi Allah
malaikat Jibril kepada mereka.

Pada saat Jibril datang, kedua-duanya
menangis dan Jibril ikut menangis
sambil berkata, “Cubaan apakah yang
membuat kamu hanyut seperti ini?”

Mendengar ucapan Jibril itu, tangisan
kedua-duanya menjadi semakin kuat.
Jibril berkata, “Sesungguhnya Tuhan
kamu sudah memerintahkan kepada kamu
untuk memilih antara azab di dunia
atau azab di akhirat.”

Maka tahulah mereka dunia ini hanya
sementara, sedangkan akhirat kekal
abadi dan sesungguhnya Allah Maha
Pengasih dan Penyayang kepada semua
hamba-Nya. Kedua-dua malaikat itu
akhirnya memilih hukuman di dunia dan
menyerahkan nasibnya kepada kehendak
Allah.

Perawi hadis itu berkata, “Harut dan
Marut pada saat itu berada di wilayah
Badil, Parsi. Mereka digantung di
antara dua gunung pada sebuah gua
bawah tanah. Setiap hari mereka
diseksa hingga pagi.”

Ketika berita hukuman itu diketahui
malaikat yang lain, mereka mengepak-
ngepakkan sayap sambil berdoa di
Baitullah:

“Ya Allah, ampunilah anak cucu Adam
kerana kami kagum bagaimana mereka
dapat menyembah dan taat kepada Allah,
padahal mereka dikelilingi beberapa
kesenangan dan kelazatan.”

Al-Kalabi berkata, “Seterusnya
malaikat pun sentiasa memohon ampun
kepada anak cucu Adam. Inilah yang
dimaksudkan dengan firman Allah, “Dan
malaikat-malaikat bertasbih serta
memuji Tuhannya dan memohon ampun bagi
orang-orang yang ada di bumi.”

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas,
bahawa Allah berfirman kepada
malaikat, “Pilihlah tiga yang termulia
antara kamu!”

Malaikat memilih Azar, Azrayil dan
Azwaya. Ketiga-tiga malaikat itu
diturunkan ke bumi dalam bentuk dan
rupa anak Adam. Ketika Azar mengetahui
semuanya dan mengerti terhadap fitnah
yang ada, maka dia mengambil
kesimpulan bahawa dirinya tidak mampu
melaksanakannya. Akhirnya, Azar
memohon ampun kepada Allah serta
memohon maaf dan Allah mengampunkannya.

Rabi’ Anas berkata, ketika Harut dan
Marut sedar daripada mabuk, mereka
akhirnya menyedari kesalahan yang
sudah dilakukan ketika mabuk. Mereka
menyesal.

Mereka ingin naik kembali ke langit,
tetapi mereka sama sekali tidak mampu
melakukannya, malah tidak mendapat
keizinan. Mereka menangis dan meratapi
nasib mereka.

Kedua-dua malaikat itu lalu mendatangi
Nabi Idris sambil berkata, “Aku mohon
supaya engkau mendoakan aku kepada
Allah kerana sesungguhnya di langit
aku sudah mendengar bahawa engkau
disebut-sebut sebagai orang yang
soleh.”

Nabi Idris mendoakan kedua-dua
malaikat itu dan doanya dikabulkan
hingga akhirnya mereka diperintahkan
memilih antara azab di dunia atau
akhirat.

Diceritakan pula ketika malaikat
berkata kepada Allah, “Mengapa Engkau
hendak menjadikan (khalifah) di bumi
itu orang yang akan membuat kerosakan
padanya dan menumpahkan darah,” maka
mereka pun mengelilingi ‘Arsy’ selama
empat ribu tahun. Mereka memohon ampun
kepada Allah kerana menentang-Nya.

- Dipetik daripada buku Aneh, Lucu dan
Ajaib terbitan Pustaka Ilmi.

"Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu
Kebangaan bagi ku"

Wednesday, March 21, 2007

Bila aku tak lagi jiwang

17/12/2007 Monday
12.07pm

memang dah lama aku tak menulis kat cni.seingat aku las time aku tulis b4 my final exam.bukan pe,its time constraint…walupun sbnonye ak nih bukan la sibuk mane pun..dis time ak malas nak tulis ngan ayat bunga2 n jiwang2 mcm post2 ak yg sblum nih.sebabnya bukan senang aku nak susun ayat tuh,each post mesti lebih krg 2 jam dperlukan..nway,inilah ruangnya tuk ak mengasah bakat mnulis yg mulanya mcm blkg parang tumpul.harap2 ak mampu jd pnulis satu hr nti.

hols dtg lagi… n aku kat rumah tak buat satu ape pn.setiap hari yang aku tau makan ngan tido jer,hmm satu lagi tgok tv.tak produktif lgsung.badan nih da macam lembu dah,asyik ngunyah jer….seb bek aku makan nasik bukan rumput.mmg dlm kepala ada mcm2 plan nk travel g klate,ganu n pahang.kirenya mmg dah terbyg-byg pantai2 yg cantik2 kt 3 ngri nih.mula2 everytin fine,ayah aku pn da dpt cuti 2 mgu, tp aleh2 cuti dibekukan plak.nih yg aku xpueh hati…mmg habeh segala maki hamun kuar dari mulut aku.ayah aku baru je mghabiskan sehari dr cutinya,tetiba plak dpt kol dr ibu pjbat polis.."En Ab. Mutalib,untuk pengetahuan encik,cuti encik telah dibekukan berkuatkuasa hari nih.encik dikehendaki bertugas semula esok"..ayah aku dgn trkejutnya bertanya balik,kenapa?…"oh,ini arahan pihak atasan,kes hindraf..sekatan jalan raya akan dilakukan di seluruh negara",jawab kerani tersebut. cis!! aku menumbuk lantai.ni yg payah jadi anak polis.lalu terkurung lah aku di dalam penjara konkrit di hutan sg. petani ini..

Aku bukan marah atau maki2 dkt ayah aku sebab dia polis.aku faham tugas ayah aku sbg polis dan ak mmg respect dgn kerjaya polis sebab aku tahu ayah aku mempertaruhkan nyawanya utk mnjaga keamanan dan kedamaian negara ini.aku tahu ayah aku mendukung undang2 dan disisinya tergalas amanah rakyat.sygnya ada segelintir pihak yg xpaham dan tak reti bahasa.dan disini ingin sekali lagi aku memaki golongan yang biadap ini,’pergi mampuslah hindraf’.kalau anda tidak suka berada di negara ini,mengapa tidak saja anda pulang ke negara asal nenek moyang anda.diamilah di mana2 di negeri2 miskin andra pradesh,tamil nadu ataupun uttar pradesh.dan pastinya anda akan bahagia hidup dlm kemiskinan.pastinya tiada pembersihan kaum dan sudah tentu nasib anda semua akan terbela,anda tidak akan ditindas,anda tidak akan ketinggalan seperti mana yg anda alami di negara msia yg sering menyusahkan anda.

Rasanya mmg aku cukup emosi.sudahlah,nti aku plak yg kna tangkap dgan polis.aku bukan perkauman,tp kalau boleh mmg aku nak ajar penjenayah2 yg bodoh sombong nih.tapi sapela aku,menjerit pun orang kat depan tak dengar,apatah lagi nak bercakap(sebab suara aku mmg pelan)…cuti pun dah tgl tak bpe hr lg dan tak lama lg hari raya aidiladha bkal mnjelma.aku rasa kita rakyat msia wajar mghayati makna tersirat disebalik ibadat korban.aku pun sbnarnya kurang faham atau lebih tepat semakin lupa dgn kpentingan ibadat korban nih walupun aku penah blajar time skolah dulu.huhu dah 2 taun ak tglkn smkay…ttba rinda la pulak. ape makna korban,terkorban,dikorbankan dan mengorbankan..rasa2nya jenuh jugak la aku nk pike jwpn nih..dahla,aku nk tido nih

p/s:selamat menyambut hari raya aidiladha…ana minx maaf bbnyak dr kgkwn sumer!

Tuesday, March 20, 2007

uneternal

Monday 19/03/2007
7.05 pm

-buat teman,jika kau sedang menatap bicaraku ini,maka mengertilah-
Bersama bayu yang menghembus, ku kaitkan utas-utas bicara yang tersimpan di lubuk rasa…Aku bukanlah seoarang pujangga,tetapi hanyalah penulis kecil yang sepi mendiam di hujung desa Tronoh ini.Meskipun catatanku tidak bisa dimengertikan olehmu, biarlah aku terus terlanjur mengisi kekosongan lembaran ini.Aku sedar dengan terlukisnya gambaran perasaanku di sini,gurisan hatiku akan kembali berdarah lalu…mengalir ke lautan kecewa.
Kiranya perpisahan yang kau pinta…terserahlah.Akanku lepaskan dikau walau tidak merelakan.Aku benar-benar terkilan, persahabatan yang telah lama terjalin…begini sudahnya.Perpisahan teramat pahit bagiku,namun tidak kukesali dengan apa yang terjadi.Segala kenangan manis yang jadi milik kita bersama suatu waktu dulu,diharap kau singkirkan.Tiada ertinya hatimu berduka dalam dendam yang membara.Aku tahu jiwamu resah gelisah dan hatimu terguris.Sejak peristiwa itu,kau masih menjauhkan dirimu.Mengapa dikau tidak memberi sedikit waktu untukku berbicara? Kau terburu-buru dan terlalu emosional.Sedangkan aku menanti dalam keresahan.
Aku pasti,suatu waktu kau akan mengakui kesilapanmu.Waktu itu usah kau cariku lagi,mungkin tika itu aku telah pergi membawa sekeping hati yang terluka.Impian indahku kini telah hancur berkecai. Juga sinar kebahagian kian samar-samar,lantas aku terkapai-kapai dalam kekelaman.Tunas harapan terkulai,namun aku tidak akan rebah di sisi kekecewaanku.
Aku akan berdiri sendiri membina kembali batas-batas jalananku yang terhakis.Akanku satukan kembali serpihan hatiku,meskipuun calar-calaran yang terlukis terlihat jua.Biarlah kususun batu-batu harapan di puncak banjaran yang gersang.Akan kunanti titisan hujan memenuhi telaga kasih sayangku yang tandus.Biarpun bertahun-tahun penentuan ini…namun mengharapkan kehadiranmu untuk kali kedua tidak sama sekali.Aku tidak rela pertemuan itu lagi,kerana…aku terlalu bahagia dengan kelukaanku.Biarlah antara kita hanya memendam sebutir harapan yang terbenam.
Bicaraku telah hampir ke perhentian tatkala mentari sedang merah di hujung senja.Lalu…aku akan kembali merangkak ke alam kenyataan.Lambaian tanganmu kian suram di tabir malam.Justeru itu,selamat tinggal untukmu yang pernah melukakanku.

Monday, March 12, 2007

something about heart

SUNDAY 11/3/2007
9.47pm…

demi sesungguhnya bersama angin malam yang menghempas kesyahduan,aku merasakan diriku berada di persimpangan dilema..meski angin yang menghempas begitu metah dan segar,namun arusnya seakan bertentangan dengan gelojak jiwa yang kini berawang-awangan di benakku. bermain seketika dengan perasaan,hatiku dipalit rasa pilu yang mendalam.meski hanya calaran biasa,namun parahnya menusuk hingga ke ulu hati.mana bisa aku mengubati hati yang luka?jika ada bagaimana caranya?..aku membuang keluhan untuk kesekian kalinya,tetapi kali ini lebih berat pada pertimbanganku.aku cuba seketika mengunci anak mata untuk sekadar mencari damai.ternyata amat sukar untuk aku menggapai hasrat itu walau sekelumit cuma..malahan hatiku bertambah walang dan meronta-ronta dalam kelembutan yang padaku sukar untuk dipulas.namun kini bukan sekadar dipulas,dijentik saja sudah terasa peritnya..aku tidak menggelabah,namun aku akui terseksa.ya tuhan,jika ini ujianMu, kau berilah aku kekuatan dan ketabahan..kerna aku lemah tanpa pedoman, aku longlai tanpa bimbingan…

Thursday, February 22, 2007

trippin ur life

Wednesday -21/02/2007-

10.05pm

Allah berfirman yang bermaksud: “Belanjakanlah (apa
yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah dan janganlah kamu sengaja
mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan perelokkanlah perbuatan
kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki
amalannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 195)

Terkadang kita leka,terkadang kita lupa tetapi tidak semuanya sia.Andai hidup diberi pilihan maka putaran mampu membawa kita ke titik permulaan.Nescaya segala kealpaan mampu menjadi kesempurnaan.Tapi sayangnya,hidup adalah tentang masa depan.Selangkah kita di hadapan,amat susah untuk menoleh kembali.Maka, hidup harus diteruskan walau cabaran di depan bersimpang-siur.

Wednesday, February 21, 2007

the world of today

Tuesday 20/02/2007
10.59am…

-janganlah kamu mencampakkan diri ke lembah kebinasaan-

MEMILUKAN… Suspek yang
disyaki menjerut dua anaknya hingga mati dalam kejadian di Bukit Kecil,
Pulau Pinang, menatap jenazah mereka sebelum dia dibawa ke balai polis
di Batu Maung, semalam. – Gambar Mohd. Naim Aziz.

Hatiku bukan sekadar terguris atau sekadar calaran biasa,malah keparahan yang bersarang sudah mula berdarah tatkala aku menatap akhbar pagi ini(Utusan Malaysia).Malah, rasanya bagai diblender,hancur lebur dan lumat.Bauran rasa marah ,kecewa,sedih dan simpati bercampur sebati menjadi sebatian yang begitu ampuh.Barangkali itu belum cukup untuk menggambarkan betapa aku tidak merelakan jauh sekali untuk merestui perkara tersebut berlaku..mungkin aku terlalu emosi,tetapi bagi sesiapa yang mampu berfikir di atas pertimbangan dan kematangan,pastinya emosi akan bertakhta di naluri..bagaimana dan mengapa kejadian ini terjadi?adakah kerana ceteknya pertimbangan kita merelakan amarah syaitan untuk merajai hati?dek kerana rapuh dan nipisnya iman yang setebal kulit bawang, kita tewas tanpa sempat berjuang.ya barangkali inilah jawapan kepada kejadian di atas…sekiranya kita mampu berfikir diatas kewarasan,maka pertimbangan sudi menjelmakan kematangan…aku percaya, jika kita tidak mahu tewas dalam perlawanan ini, janganlah kita menjaringkan gol sendiri.maka buatlah perhitungan dengan diri..

Tuesday, February 20, 2007

A Hope After A Hope

Monday -19/02/2007
10.59am…

-harapan perlu disiram dan

dibajai,jangan

biarkan ianya gersang lalu karam di

pelabuhan yang tandus-

hari ini aku bangun seperti biasa…kurenungi seketika ke luar jendela sekadar membuang pandangan.pagi nirmala yang indah…bisikku sendirian.langit membiru dan sang suria yang tersenyum seakan segan silu menembusi kepulan putih sang awan sambil sang burung menari-nari dan bernyanyi riang di langit angkasa.pohonan menghijau turut manari-nari serta melambai-lambai ditiup lembut oleh sang angin yang bagai turut mengajak aku untuk mengikut rentak lemah gemalai mereka…ah indahnya alam ini! melodrama yang terpapar begitu mendamaikan…ya, damai yang dicari setelah semalaman berperang dengan harga diri…semalaman bermain dengan perasaan,akhirnya aku tewas.ternyata kuntuman bunga yang tumbuh mekar semalam gugur menyembah bumi sebelum sempat menjadi layu.ianya gugur bersama dengan harapan yang tidak kesampaian..mungkin cuma tidak dibajai atau mungkin cuma tidak disiram dengan mencukupi..tetapi mana mungkin ia terus gugur begitu sahaja?…jadi mengapa mesti menuding jari ke arah orang lain?..ya, aku mengerti akhirnya..ini bukan satu hipotesis yang sengaja direka-reka tetapi satu kebenaran yang tersirat disebalik ikatan yang tersurat…aku menghela nafas yang seakan tersekat di tekak.kini aku menginsafi diri setelah seketika membuat perhitungan dengan diri…

Monday, February 19, 2007

A HOPE

SUNDAY -18/02/2007-
10.57am..

.….kucoretkan coretan ini bersama rasa bahagia yang membunga di jiwa…bahagia yang aku sendiri sukar untuk fahami setelah semalam yang ganjil merantai aku dalam kesepian.namun bukan bererti sepi itu telah berlalu pergi bersama angin pagi yang selesa mendakap mesra tubuhku,hanya rasa bahagia berbunga mekar yang aku sendiri belum pasti akan kekal menghiasi pohonan menghijau…ataupun adakah ianya akan layu sebelum gugur menyembah bumi?biarlah harapan kudusku menjadi, agar bebunga ini terus mekar memberi sinar keceriaan kepada alam angkasaraya…walaupun garisan kelam masih bersulam,harapanku hanya satu,biarlah hari mendatang berambal-ambalan bersama awan kebahagiaan,agar aku tahu bahawa hidup ini tidaklah membosankan selagi mana aku melata di bumi ini…

Sunday, February 18, 2007

the beginning

Saturday 17/02/2007
6.49pm

….atas rasa kesepian,kucoretkan lembaran ini sebagai satu sejarah yang tercipta bagi menggambarkan lukisan sebenar hatiku…lantas ruang yang sekelumit ini akan menjadi saksi betapa kewujudanku tidak hanya sekadar menjadi pemerhati di atas kehebatan mahupun keangkuhan orang lain.biar,kehadiranku tidak dirasai,ataupun disalah erti,sisipan rasa yang merantai hati tidak akan berlalu pergi andai ruang yang ada disia…tapi!..aku mengerti andai awan mendung muncul jua,kerana aku sekadar manusia biasa yang masih belajar untuk menjadi seorang manusia…kesepian yang memborgol jiwa sedikit sebanyak menjelmakan keluh kesah yang merantai aku dalam penjara sengsara..ternyata,petang yang muram bagai seiring dengan alunan rasa,tetapi darjah rasa yang aku miliki lebih kelam dari awan mendung yang menghiasi langit petang..aku marah?atau kecewa?atau…?ke mana teman-teman seperjuanganku?(sume dh blk cti CNY la!).Entahlah…yang pasti aku bersyukur di atas kudrat ini yang memberikan aku satu sinar dalam aku masih terkapai-kapai di bawah sinaran terang cahaya…terima kasih Tuhanku.

Related Posts with Thumbnails
 
Powered by Blogger