Welcome to my Weblog

A Childlike Story of Me

Thursday, February 4, 2010

Sayonara Tan Sri Hassan Merican

Sayonara!

As one of the PETRONAS scholar and InshaAllah, hopefully a future-to-be PETRONAS employee, tak dapat tidak saya secara tidak langsung terdedah dengan hal-ehwal berkaitan PETRONAS. Setelah lama berteka-teki, akhirnya semalam kerajaan pimpinan DSN (Datuk Seri Najib) telah mengumumkan pengganti presiden dan ceo PETRONAS, TanSri Hassan Merican yang akan tamat kontraknya 9 Februari ini dengan diambil alih oleh Datuk Shamsul Azhar Abas. Well, that's the end of Hassan Merican era.


Secara peribadi, terang-terang saya merasakan kehilangan seorang yang telah berjaya membawa PETRONAS as a multinational company to be a 'house power and an iconic icon of Malaysia'. If Finland has Nokia, Korea owns Samsung and Netherland has Shell as their 'house power', so as us, we have PETRONAS.

Sedikit info mengenai Hassan Merican:
  • Mengikut info yang saya cari, Hassan Merican berasal dari Merbok, Kedah tak jauh dari kampung halaman saya yang terletak di daerah Yan ( Kampung Singkir).
  • Saya pernah bertemu dengan Hassan Merican ( secara tak formal la) pada tahun lepas. Ketika itu saya sedang menjalani industrial practical di PETRONAS Carigali, KLCC. Apa yang saya dapat lihat, Hassan Merican memang seorang yang humble dan low profile. (Ini just pendapat saya)
  • Hassan Merican mula berkhidmat dengan Petronas sejak 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan sebelum dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif pada 1995. Beliau kemudian menyandang jawatan Pemangku Pengerusi pada 2004 hingga sekarang.
  • Di bawah tempoh perkhidmatan beliau, PETRONAS telah diiktiraf sebagai satu-satunya syarikat global Fortune 500 dari Malaysia. Ranked at no. 80 based on 2009 ranking.
  • PETRONAS berada di tempat ke-13 as the most profitable company in the world dan diiktiraf as one of the new seven sisters in the oil and gas industry. Wow!
  • Satu fakta menarik tentang Hassan Merican ialah, beliau pernah dicalonkan dan dijemput oleh United Nations(UN) untuk membantu kerajaan Iraq untuk membangunkan semula industri minyaknya setelah teruk di bom oleh A.S. Menarik bukan?
Saya berbangga dan berterima kasih di atas setiap usaha dan pencapaian yang telah dicapai oleh PETRONAS selama berada di bawah perkhidmatan Hassan Merican. Semoga legasi ini akan diteruskan pula oleh kepimpinan baru, Datuk Shamsul Azhar Abas yang saya kira mempunyai kredibiliti yang tak kurang hebatnya.

Welcome Datuk!

2 comments:

Anonymous said...

org kedah memang hebat & humble

BillyNain said...

to anonymoous: whoever you are, thanks for the compliment

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Powered by Blogger