Welcome to my Weblog

A Childlike Story of Me

Sunday, October 10, 2010

Salam Aidilfitri: Tronoh Jadi Toronto


Hari ni keluar dalam Utusan Malaysia tentang berita penipuan yang dibuat oleh pelajar-pelajar UTP yang membuat salam perantauan Aidilfitri, kononnya mereka sedang belajar di Universiti of Toronto Kanada. Gambar yang dihantar mereka telah keluar di akhbar tersebut pada 21 September lalu.

 
Hari ini keluar pula berita tentang kekesalan dan rasa marah pihak akhbar yang telah diperbodohkan oleh pelajar-pelajar ini. 

Pada aku, ini kesimpulan yang aku boleh buat:

  • Student UTP sememangnya kreatif dan jaguh dalam benda-benda macam ni. Sebelum ni pun dah banyak kes yang lagi dahsyat daripada ini. Kes hacking system Maybank adalah yang terbesar pernah aku dengar setakat ini.
  • Pihak Utusan berasa tercabar dengan prank yang dibuat oleh sekumpulan pelajar ini. Sebagai sebuah badan akhbar yang dihormati, kejadian seperti ini pastinya menjejaskan kredibiliti mereka.
  • Dari satu segi, bila berita tersebut keluar dalam akhbar hari ini, ia sedikit sebanyak menjejaskan imej UTP. Tetapi ia juga memberi publisiti buat UTP yang kurang terkenal ini.
  • Dari satu segi pula, ia menunjukkan kepincangan di pihak akhbar itu sendiri. Mengapa mereka tidak menyelidiki terlebih dahulu kesahihan gambar itu. Bukankah itu etika kewartawanan dan penyiaran. Adakah benar-benar wujud University of Toronto di Kanada? Jika ya, benarkah gambar itu? (actually mmg wujud)
  • Aku bersetuju dengan kenyataan ini. 'Inilah masanya untuk kita menoleh ke belakang. Melihat apa yang kurang dalam sistem pembentukan sahsiah remaja sebagai modal insan yang diperlukan untuk membangunkan negara. Isu penipuan gambar untuk ruang Salam Perantauan tidak boleh dilihat remeh. Fikirkan jumlah pembaca yang turut ditipu dan tertipu. Teknologi untuk menipu, teknologi juga dedahkan penipuan.'
  • Aku juga bersetuju memang kita harus berasa marah jika ada orang menipu atau membuat prank terhadap kita. Tetapi wajarkah berasa marah dan 'membunuh' pelajar2 ini sedangkan di pihak kita juga melakukan kesalahan? 
  • Aku yakin pihak Utusan akan lebih berhati-hati selepas ini. Sekurang-kurangnya perkara ini memberi pengajaran buat mereka dan juga pelajar2 ini. Tak perlulah dipanjangkan lagi perkara ini.
p/s: Aku rasa ruangan salam perantauan ini sepatutnya dimansuhkan. Dalam zaman teknologi seperti sekarang ini, ruangan ini rasanya tidak lagi relevan. Facebook, email, video call, telepon semuanya dah ada!

Baca selanjutnya di sini

Related Posts with Thumbnails
 
Powered by Blogger