Welcome to my Weblog

A Childlike Story of Me

Friday, January 11, 2008

new year’s mentality

[ from my old friendster blog]

10 january 2008
1 muharam 1429H

thursday 4.23pm

HARI ini umat Islam menyelak kalendar baru 1429 Hijrah – 10 hari
selepas bulan pertama kalendar Masihi ditinggalkan. Oleh kerana,
sambutan tahun baru mengikut kalendar Islam dan Masihi begitu hampir,
maka sms dan testi mengucapkan selamat tahun baru masih
bertali arus.

Ramai juga yang bertanya apa azam tahun ini, sudah tercapaikah azam
tahun lepas atau adakah azam tahun ini adalah untuk tidak membuat
sebarang azam.

Hakikatnya, azam tahun baru hanyalah cebisan semangat untuk
menyambung apa yang tidak kesampaian pada tahun-tahun sebelumnya.
Tetapi ia bukan bermakna azam tahun baru hanya untuk mereka yang gagal
menyempurnakan cita-cita tahun lepas.

Malah dalam banyak ketika, orang yang berjaya lebih kuat azamnya
berbanding mereka yang kurang berjaya. Kejayaan yang dicapai menjadikan
seseorang itu menguatkan azam untuk melipatgandakan usaha supaya kelak
menjadi lebih berjaya.

Ia selaras dengan fitrah manusia yang tidak pernah berasa puas
dengan pencapaian masing- masing dan ingin mengecapi kejayaan yang
lebih hebat.

Contoh paling mudah, jika tahun ini kita dianugerahkan pekerja
cemerlang, sudah pasti tahun depan kita akan berazam untuk menjadi
lebih cemerlang.

Malangnya, keazaman serta tekad seumpama itu jarang dipraktikkan
oleh kumpulan yang gagal kerana kategori ini sering percaya bahawa
rezeki secupak tetap secupak, tidak akan menjadi segantang.

Lantaran itu, baik pada ketibaan tahun baru atau pada bila-bila masa
pun, kumpulan ini tidak akan berazam jauh sekali memperbaharui azam.
Seolah-olah takdir telah menetapkan bahawa mereka selama-lamanya berada
dalam kategori itu lantas tidak ada gunanya bekerja keras kerana
istilah kejayaan bukan untuk mereka.

Kumpulan ini meneruskan kelangsungan hidup bersandarkan mentaliti
menunggu bantuan, enggan berusaha meningkatkan taraf hidup serta
menyalahkan orang lain sebagai punca kegagalan hidup mereka.

Sebab itu jika diperhatikan, jarak antara kumpulan yang berjaya
dengan mereka yang menyerahkan nasib kepada takdir amat luas. Orang
yang berjaya semakin gigih manakala yang gagal terus ditinggalkan.

Tolak tepi soal ajal, tanah kubur dan jodoh yang sememangnya tidak
boleh diubah, setiap daripada kita mesti berusaha menjadikan setiap
impian satu realiti.

Hakikatnya tiada yang mustahil. Jika usaha telah dilaksanakan tetapi
kejayaan mahupun pengiktirafan masih kelihatan jauh, maka ia bukan
bermakna kita harus berhenti berusaha.

Akan sampai hari dan ketika, setiap usaha yang disertai dengan niat ikhlas akan diakhiri dengan kejayaan sebagai jawapan.

Thursday, January 3, 2008

a story of old and new

[ from my old friendster blog]

(post ini ditulis 2 hari yg lalu)
2 jan 2008
wednesday
10:33pm

selamat tinggal 2007.selamat datang 2008.semusim berlalu,aku menjengah 2008 dengan harapan mampu menjadi apa yang aku inginkan.2007,tahun suka-duka yang banyak meninggalkan kenangan sepanjang 365 hari aku menjadi penghuni tetapnya.sebolehnya aku ingin memugar kembali segala kenangan lewat musim lalu agar ia kekal utuh berpaut pada dahan memori.biarlah dahan tersebut terus subur bercambah agar aku tahu bukan mudah untuk aku membina batas-batas jalanan yang sekian lama cuba aku bina.Justeru,sukar untuk aku memandang enteng suka duka yang ditempuhi,biar pahit atau manis sekalipun,kerana aku tahu sejarah tak akan pernah membohongi aku dan kerana pengalaman mampu menjadi guru yang tak pernah aku impikan sebelum ini.buku kerana ilmunya,kemahiran kerana pengalamannya,kejayaan kerana usahanya…sesekali menoleh kebelakang,bukan bermakna selamanya kita ketinggalan,cukup sekadar untuk mengambil iktibar sebagai pedoman menghadapi hari muka.

Biarlah kekuatan yang dibina terhasil dari pengalaman dan kesilapan masa lalu.Jangan sekali kita menganggap kegagalan sebagai tiket untuk kita berputus asa kerana orang yang putus asa adalah orang yang hidup tanpa harapan.Jangan pula kita berhenti dari berikhtiar dan berfikir kerana kita mudah untuk melepaskan sesuatu peluang sesaat kita berhenti dari berfikir…ini antara pengajaran penting yang diwriskan kepada aku.terima kasih 2007!!

Kukira 2007 sebagai paradigma musim yang banyak mengajar aku dalam menilai kembali hubungan antara aku dengan Tuhan Yang Esa dan segala ciptaanNya.aku lalai dalam melaksanakan amanah yang ditebarkan kepada setiap insan yang bergelar khalifah.Mana perginya segala ilmu yang aku pelajari?segala pesan ibu bapa dan orang tua?segala ilmu yang aku cedok dari kitab-kitab dan naskhah ilmu?…ISTIQAMAH,ini pengajaran yang patut diteladani.aku tidak istiqamah dalam pekerjaan,lantas tegar untuk menjadi pelalai yang membinasa diri sendiri.Aku akui sukar,namun sedaya upaya aku akan cuba untuk mengubah persepsi diri.

Hubungan antara aku sesama manusia berada pada tahap yang mampu membimbangkan aku sendiri.Terasa amat payah dan sukar untuk dipercayai,juga tidak mahu mempercayai,namun aku terpaksa akui terseksa batin.aku seorang periang dalam tubuh yang pendiam.aku tidak punya ramai kawan dan ia adalah sesuatu yang sukar pada ketika aku mengharapkan kehadiran kawan yang mampu memahami diri.Entahlah…aku akui kurang kemahiran sosial dek pegangan prinsip lampau yang aku sendiri ciptakan.sedaya yang boleh aku cuba untuk merobohkan tembok tebal itu dan kini sedikit demi sedikit telah berjaya aku kikis.pada masa yang sama aku turut berusaha membina kembali batas-batas jalananku yang terhakis..dan kali ini,harapan aku agar ia tidak hanya berpandukan pada rasa tetapi juga pada ilmu dan iman.semoga Tuhan membantu hambaNya yang lemah ini…

2 hari melayari bahtera 2008,aku berdebar-debar menanti 3 hari berikutnya untuk melengkapkan kitaran hidup aku sebagai manusia yang berumur 20 tahun!!pelbagai perasaan yang membauri diri aku dan aku tak pasti apakah perasaan itu.aku cuma berharap untuk menjadi diri sendiri..aku bukan lagi adolescene ataupun a young adult but a man!tapi yang pasti,aku belum pasti sama ada benar-benar layak ataupun tidak untuk bergelar a man.kalau di barat,a guy tak akan sabar-sabar untuk mengisytiharkan diri mereka as a man kerana bagi mereka di situlah letaknya kunci segala kebebasan,tetapi tidak bagi aku.andai dipanjangkan umur,perjalananku pastinya masih jauh dan biarlah aku terus memungut sisa-sisa kekuatan untuk mematangkan diri.
selamat tahun baru dan hepi besday.aku masih mencari siapa aku…

Related Posts with Thumbnails
 
Powered by Blogger